Pengikut
Sabtu, 23 Januari 2010
JANGAN MALU-MALU...PI LE TENGOK
Senarai terkini anggota Umno akan dipamer selama sebulan di semua pejabat cawangan dan bahagian parti mulai 15 Mac ini, kata Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Sabtu. Beliau berkata langkah itu dibuat bagi memutihkan senarai anggota selain mengenal pasti mereka yang belum mendaftar sebagai pemilih.
"Menerusi proses pemutihan ini kita akan mengeluarkan nama anggota Umno yang telah meninggal dunia atau berpindah parti," katanya kepada pemberita di sini. Tengku Adnan berkata bagi yang mendapati nama mereka tiada dalam senarai pula boleh membuat aduan di semua pejabat cawangan Umno atau menghubungi ibu pejabat parti.
"Senarai sebenar anggota Umno akan dikeluarkan sebelum mesyuarat peringkat cawangan bermula pada Mei ini," katanya. Sehingga kini Umno mempunyai 3.6 juta anggota. -- BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan