Pengikut

Sabtu, 16 Januari 2010

RAKYAT AKAN MUFLIS....





Antara kerisauan utama mengenai kewangan bagi rakyat Malaysia ialah kos perbelanjaan sara hidup, demikian menurut hasil kajian Visa.


Perkara kedua yang menjadi kebimbangan ialah perubahan pada gaji, diikuti dengan hutang peribadi.



Sementara 69 peratus rakyat Malaysia yang ditinjau lebih bimbang akan kos sara hidup, mereka tidak begitu risau tentang nilai dana persaraan, portfolio pelaburan dan kadar pertukaran wang yang berubah- ubah.



"Dalam suasana ekonomi sekarang, rakyat Malaysia lebih praktikal dan kebimbangan mereka bertumpu kepada pengurusan yang memberi jaminan dan ketenangan fikiran pada 2010," kata Pengurus Visa Malaysia, Stuart Tomlinson dalam kenyataan hari ini.



Bagi seluruh rantau ini, pengguna lebih mementingkan cara untuk menguruskan perbelanjaan, simpanan dan jaminan pekerjaan mereka daripada memberi tumpuan kepada keadaan jangka panjang atau kelebihan ekonomi makro seperti kadar pertukaran atau portfolio pelaburan.



Bagi rakyat Malaysia, peluang perubahan pada peningkatan pendapatan juga menjadi kebimbangan, katanya. Mengenai prospek ekonomi tempatan, 66 peratus daripada responden rakyat Malaysia berkata mereka lebih bimbang daripada enam bulan dahulu mengenai impak krisis kewangan global pada ekonomi Malaysia.



27% peratus berkata mereka juga bimbang, sementara 7% tidak begitu risau berbanding sebelumnya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan