Pengikut

Jumaat, 29 Januari 2010

PENGAMPU DAN DONGENG DAN TONGGENG




“Kalau ada orang kata atau tohmah apa-apa, jawapan saya - peduli apa orang lain,” kata beliau sambil menambah, kehadirannya adalah sebagai seorang rakyat Kelantan yang bertanggung jawab kepada negerinya dan demi kepentingan Negeri dan rakyat Kelantan.
Pada sidang media selepas ceramahnya pula, Tengku Razaleigh menyifatkan Pengerusi UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai pengampu manakala Utusan pula adalah "akhbar dongeng".

“Jangan sebut nama itu depan saya. Mustapa pengampu Utusan dongeng,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Mustapa bahawa Kerajaan Pusat hanya akan membayar wang ehsan kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Ditanya konflik antara wang ihsan dan royalti beliau berkata, “royalti bukan wang ihsan dan wang ihsan bukan royalti, wang ihsan tidak wujud dalam perjanjian yang ditandatangani sebaliknya yang wujud hanyalah royalti.”

Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada Kerajaan Negeri untuk menolak atau menerima bayaran royalti atau wang ehsan.
Terdahulu, Tengku Razaleigh dan Dato' Paduka Husam Musa tiba di sini kira-kira jam 9.30 malam tadi dengan diarak oleh 50 beca dari Persatuan Pengayuh Beca Kelantan dan hampir 30 buah motosikal Honda Klasik daripada Kelab Honda Klasik Kelantan sebagai tanda sokongan dari pelbagai pihak terhadap isu tuntutan Royalti Minyak Kelantan.

Difahamkan iringan beca adalah atas kehendak Persatuan Penarik Beca Kelantan sendiri untuk membawa Tengku Razaleigh sebagai tanda sokongan penerangan beliau terhadap tuntutan royalti negeri.
copy: anakmualaf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan