Pengikut

Khamis, 21 Januari 2010

LANGSIR SURAU DI BAKAR PULA





Tirai di dalam sebuah surau di Jalan Ismail, Muar ditemui terbakar awal pagi, manakala cermin tingkapnya turut pecah.

Kejadian itu disedari oleh tiga orang yang kebetulan di situ pada kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, ACP Mohd Nasir Ramli, apabila ternampak kebakaran tersebut, mereka bergegas untuk memadamkannya.

Mengenai sama ada ianya satu bentuk serangan ke atas surau tersebut, beliau berkata, pihak polis masih menyiasatnya.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata beliau telah dimaklumkan mengenai insiden oleh ADUN DAP Bentayan, Gwee Tong Hing.

"Kita tidak tahu sama ada insiden itu ada sebarang kaitan dengan kes serangan ke atas beberapa tempat ibadat sebelum ini.

"Tetapi ia pastinya akan meningkatkan lagi keresahan di kalangan rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata, DAP mengutuk keras sebarang perbuatan seumpama itu yang menurutnya jelas bertujuan untuk mencetuskan rasa syak wasangska antara masyarat berbilang kaum dan agama di negara ini.

"Kita menggesa pihak polis supaya mempertingkatkan lagi siasatan dan mekanisme pemantauan untuk membawa mereka yang bertanggungjawab melakukannya, ke muka pengadilan, dan bagi mengelak insiden yang sama daripada berulang, demi memelihara kehidupan harmoni di kalangan rakyat kita," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan