Pengikut

Sabtu, 30 Januari 2010

PAS PUN ADA HAKIM SENGET SEBELAH






“Ada atau tidak, sama sahaja bagi saya. Yang penting, perjuangan perlu diteruskan. Kalau bukan sebagai seorang 'Jeneral', maka sebagai seorang askar biasa. Kalau Khalid Al-Walid suatu ketika dahulu pun sanggup, mengapa tidak Khalid Samad?” katanya.

Khalid berkata dia menerima penggantungan itu dengan hati terbuka.

Katanya lagi, ramai yang tidak menyedari pada hakikatnya matlamatnya bagi mendedahkan kepincangan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hassan Ali telah tercapai.
( antara tulisan YB Khalid Samad dalam blognya)



Apabila hukuman dijatuhkan ke atas Khalid Samad dan Hasan Ali ramai orang Pas yang tak puas hati termasuk aku sendiri.Tapi kali ini aku nak cerita luahan hati seorang orang Pas yang tak puas hati yang kata dekat aku.

Apa beza Pas dengan Umno dalam isu Khalid Samad Dan Hasan Ali? Dulu kita marah kepada Hakim Augistine Paul (dah mati dah) kerana jatuh hukum penjara ke atas Anwar Ibrahim, kerana kita anggap keputusan Hakim itu berat sebelah,kena tumbuk rasuk lah,kena belilah dan macam lagi kita kita,semua kita kata lah.Kita kutuk habis-habisan kat Hakim Augustine Paul kerana menganiayai Anwar Ibrahim.Tu cerita lama.


Ada yang kata 'Hakim' yang buat keputusan dalam kes Hasan Ali dan Khalid Samad tu sama saja macam Hakim Augustine Paul dalam perbicaraan kes Anwar Ibrahim.Betoika lagu tu?Kata orang tu lagi kalau kad merah sama -sama la kad merah,kalau sama-sama dah buat salah hukuman yang dijatuhkan mesti serupa .Kenapa seorang kena gantung jawatan dan sorang lagi hanya dicubit-cubit sayang saja ,bekas cubit pun tak ada!

Kata beliau lagi ,hukuman ke atas Khalid Samad sama saja macam kes Badan Disipilin Umno yang jatuh hukum kepada Ali Rustam dan Khairy Jamaludin yang dituduh amalkan politik wang semasa mereka nak bertanding rebut jawatan dalam pemilihan Umno tahun lepas.

Dua-duanya di dapati bersalah amalkan rasuah politik wang .Khairy Jamaludin hanya diberi amaran dan dibenarkan bertanding, sementara Ali Rustam tak dibenarkan bertanding mungkin juga kalau masuk bertanding lawannya Muhyidin Yasin boleh kalah! Khairy menang jawatan Ketua Pemuda Umno dan Mukhriz tewas . Mukhriz pula diangkat jadi Timbalan Menteri tapi Khairy yang menang Ketua Pemuda Umno Malaysia tak dapat apa-apa jawatan hingga sekarang dalam kerajaan.



1 ulasan:

  1. rasanye kita kene fahami scara mendalam dulu dgn keputusan tue..tgk dulu ape kesalahan kedua2 pemimpin tue,sy x menyebelahi mana2,cuma sy takut kita salah anggap dgn isu nie,kemungkinan isu nie dibangkitkn oleh umno bg memandang serong kpd pemimpin pr...

    BalasPadam