Ada satu persoalan besar di sini.Apakah kehadiran Tengku Razaleigh Hamzah memberi ceramah mengenai isu royalti minyak Kelantan di Stadium Kota Bharu Khamis malam yang dihadiri ribuan orang termasuk pimpinan PAS negeri melanggar disiplin sebagai seorang ahli UMNO?
Bukan setakat itu malah beliau juga turut mengumumkan persetujuannya mengetuai kaukus mengenai royalti minyak Parlimen yang dipelopori oleh pembangkang.
Dari sudut pandangan mata kasar siapa saja jawa
bnya SALAH.
Jika Tengku Razaleigh boleh bertindak begitu pasti ada yang bertanya bagaimana pula nanti jika ada pemimpin UMNO yang lain naik berucap atas pentas pemba
ngkang atas sebab apa sekalipun.
Ahli Parlimen Gua Musang itu merasa beliau berhak, bebas bersuara dan tidak melanggar disiplin parti kerana mendakwa rakyat Kelantan dinafikan royalti minyak.
“Sebagai orang yang terlibat dalam penubuhan Petronas dan berdasarkan Akta Kemajuan Petroleum, saya tahu kerajaan negeri sememangnya berhak untuk menerima royalti sebanyak lima peratus walaupun pada kawasan bertindih dengan Thailand,” katanya.
Pada waktu yang sama Tengku Razaleigh menolak tanggapan tindak tanduknya ini adalah langkah awal ‘ main mata’ dengan pakatan pembangkang.
Katanya beliau tidak pernah bersikap pak turut sejak zaman kerajaan dipimpin oleh bekas Perdana Menteri Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Tun Razak Hussein , Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Jadi apakah reaksi Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden UMNO dalam menghadapi situasi ini?
Menjawab beberapa soalan wartawan khususnya mengenai isu ini beliau antara lain menegaskan UMNO mempunyai disiplin dan ia mesti dipatuhi.
Namun begitu kata Najib beliau perlu meneliti butiran ucapan Tengku Razaleigh di ceramah berkenaan.
"Kita sedang meneliti dan belum mendapat apa yang diperkatakan oleh Tengku Razaleigh. Jadi bagi tempoh masa untuk kita dapatkan laporan ucapan dan sebagainya,”katanya.
Kepada satu soalan lain Perdana Menteri menolak dakwaan pihak pembangkang bahawa Kerajaan Pusat berbohong kepada rakyat Kelantan kerana member wang ehsan dan tidak royalti .
"Kita tidak bohong. Apa yang patut diterima oleh rakyat Kelantan, kita akan bagi.
"Kita tidak lari daripada tanggungjawab kita, tetapi kita mesti membuat apa-apa berdasarkan kepada Perlembagaan negara," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan