Pengikut

Khamis, 21 Januari 2010

SPRM SOROK RUMAH KHIR TOYO




Demi menjaga kepentingan sekumit pemimpin UMNO Selangor, SPRM langgar Undang-Undang dan "kurang ajar" terhadap Kerajaan pilihan rakyat...

Hoi !!!! buta ka....?


Rumah Khir Toyo RM 24 juta...


Bini Menteri Kesihatan dapat kereta sebijik....


Presiden MCA/Menteri Pengangkutan dapat RM 10 juta....


dan lain-lain penyanggak UMNO/ BN melakukan berbagai rasuah, termasuk salah guna kuasa...SPRM....?

****

Dalam hubungan ini Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor ingin menjelaskan di sini iaitu Pekeliling Kerajaan Negeri bertarikh 28 Julai 2009, mencatatkan bahawa sekiranya SPRM berhasrat melakukan siasatan terhadap kakitangan Kerajaan Negeri maka perjumpaan tersebut hanya boleh diadakan dari pukul 8.00 pagi ke pukul 6.30 petang, dan dengan kehadiran seorang peguam yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.



Bantahan tentang kesahihan kandungan pekeliling tersebut oleh Peguam Negara Tan Sri Gani Patail masih dalam kes mahkamah. Maka dalam hal ini pegawai-pegawai SPRM sewajarnya menghormati pekeliling Kerajaan Negeri itu, yang melindungi hak seluruh kakitangannya.



Perlu juga dijelaskan di sini iaitu sehingga saat ini beberapa siasatan SPRM terhadap segelintir Pegawai Kerajaan Negeri Selangor termasuk terhadap Menteri Besarnya, dilihat hanya berfokus pada isu-isu remeh. Ini sebagaimana diperlihatkan pada serbuan kelmarin di pejabat YB Yaakob Sapari dengan penahanan reman terhadap pembantu eksekutif beliau, Haji Hussein Ahmad.



Kerajaan Negeri juga terkejut dengan perkembangan terakhir siasatan tersebut dimana SPRM telahpun menggeledah rumah Haji Hussein tanpa waran geledah yang sah. “ Kerajaan Negeri mahu SPRM Selangor memberi penjelesan mengapa perkara boleh berlaku,” kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.



Tambahan pula, penyiasatan SPRM melibatkan sebuah syarikat yang tidak tersenarai dalam pemberian kontrak aktiviti pelombongan pasir. Tuduhan SPRM bahawa pemergian seorang pegawai ke China ditanggung oleh kontraktor tertentu juga tidak benar kerana Kerajaan Negeri yang sebenarnya membiayai kos kunjungan dua hari Haji Hussein itu yang menelan belanja sebanyak RM3,295.00



seterusnya: batuvskayu


1 ulasan:

  1. Bagi kami rakyat marhaen setelah meliaht dengan jelas apa yang SPRM,SPR buat dan lakukan sejak akhir-akhir ini...kami merasakan tiada apa lagi yang boleh kami harapkan untuk mendapat keadilan yang sepatutnya dinikamti oleh SEMUA RAKYAT NEGARA INI....TAK MENGIRA APA FAHAMAN POLITIK...kerana SPR , SPRM ujud kerana untuk keadilan sejagat.

    Menghabiskan duit rakyat sahaja membayar gaji puak-puak ni.....

    BalasPadam