Pengikut

Rabu, 27 Januari 2010

DARI INDIA KE BATU CAVES: bawa yb midah sekali







Datuk Najib Tun Razak akan melakukan lawatan bersejarah ke Batu Caves pada petang menjelang Thaipusam, yang akan disambut oleh rakyat Malaysia beragama Hindu pada Sabtu.


Ketika mengesahkan perkara ini, seorang jurucakap berkata, Najib dijadual berada di kuil Batu Caves, di mana lebih daripada sejuta orang Hindu akan berhimpun untuk perayaan Thaipusam, pada Jumaat malam.

Lawatan itu akan menjadikan Najib Perdana Menteri kedua dalam sejarah negara ini untuk melawat tempat suci kaum Hindu itu sejak negara mencapai kemerdekaan lebih daripada 50 tahun lalu.


Bapa Najib, Tun Abdul Razak Hussein merupakan Perdana Menteri pertama untuk memeriahkan sambutan itu semasa menjadi Perdana Menteri Kedua negara lebih daripada

30 tahun lalu.



Bagaimanapun, adalah tidak jelas sama ada Najib akan menyampaikan ucapan pada sambutan itu.



Sejak mengambil alih kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri hampir dua tahun lalu, Najib akan memastikan untuk memenangi hati dan minda 1.8 juta jumlah rakyat Malaysia keturunan India, yang mengubah kesetiaan mereka kepada kerajaan Barisan Nasional pada pilihan raya umum 2008 selepas menyokong gabungan parti yang memerintah itu sejak kemerdekaan negara.



Perayaan Thaipusam adalah bagi memperingati kelahiran Dewa Murugan, anak bongsu Dewa Shiva dan isterinya Parvati, dan juga upacara apabila Parvati memberikan Dewa Murugan sebilah tombak agar dapat menghapuskan dewa jahat Soorapadman.



Lawatan Najib ke Batu Caves juga selepas lawatannya ke Tamil Nadu, lebih daripada seminggu lepas.



Kaum Tamil merupakan jumlah majoriti kaum India di Malaysia yang membentuk hampir 80 peratus daripada jumlah penduduk kaum India di negara ini.


tentu kasi undi ini kali......



bn cari undi kaum india di batu caves....



hamidah kata: jumpa ular dengan orang india, pukul orang india dulu.."



najib kena bawak hamidah ke batu caves

mohon maaf....!!!!



Lawatan ke Tamil Nadu juga memastikan nama Najib dicatat dalam buku sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama untuk melawat India.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan