Pengikut

Isnin, 25 Januari 2010

TANDA-TANDA DUN TAK BUBAR....? maaf !





Barisan Nasional menafikan pelaburan syarikat Vale do Rio Doce (Vale) dari Brazil bernilai RM16 bilion dibawa oleh kerajaan Pakatan Rakyat semasa mereka mentadbir Perak selama
11 bulan bermula akhir Mac 2008.

Dr Zambry Abdul Kadir, berkata kertas cadangan pelaburan syarikat perlombongan bijih besi kedua terbesar di dunia itu sudah dibincangkan dalam mesyuarat exco pada awal 2008 sebelum Pilihan Raya Umum 2008 pada Mac.

Katanya, mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali sebelum perbincangan dihentikan selepas pertukaran kerajaan kepada Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, pemimpin Pakatan Rakyat cuba menipu orang-ramai dengan berceramah dan mendakwa mereka membawa masuk pelaburan syarikat itu yang akan mendirikan kilang pelet bijih besi di Manjung.



"Semua ini bermula pada zaman BN. Kemudian prosesnya disambung dan tidak dilaksanakan apa-apa (ketika kerajaan Pakatan Rakyat). Sekarang kita melaksanakan semula.

"Mereka jangan nak bohong rakyat. Baik buat kerja tolong rakyat.

"Kita sudah bincang pelaburan Vale dalam mesyuarat exco awal 2008," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Siri Pertama Forum Duta anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dan Invest Perak di sini, hari ini.

Berita Harian pada 15 Mac 2008 yang memetik laporan Reuters dari Rio De Janeiro mengatakan Vale merancang membina kilang pengeluaran palet di Malaysia dengan kapasiti pengeluaran antara enam juta hingga tujuh juta setahun yang akan menggunakan bijih besi dari Brazil sebagai sumber bahan mentahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan