Pengikut

Ahad, 24 Januari 2010

CERITA DONGGENG TS KHALID n YB AZMIN








Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau tidak percaya dengan dakwaan bahawa Naib Presiden YB Azmin Ali terlibat dalam konspirasi dalaman parti untuk melemahkan kepimpinannya di negeri itu.


Malah, beliau berkata, peletakan jawatan 11 anggota jawatankuasa serta Ketua Pemuda dan Ketua Wanita PKR Cabang Kuala Selangor itu yang dipimpinnya baru-baru ini juga tidak ada kaitan dengan YB Azmin.



"Ini semua cerita dongeng....saya baru menghadiri mesyuarat Jawatankuasa PKR Kuala Selangor semalam dan mereka yang hadir memberikan sokongan padu memantapkan lagi perjalanan dan pentadbiran PKR di Kuala Selangor," kata Khalid.



Khalid mengulas kenyataan bekas Setiausaha Perhubungan PKR Selangor, Mohd Nazmi Rosli, bahawa PKR Cabang Kuala Selangor dianggap "lumpuh" sekarang adalah sebahagian perancangan Azmin yang mahu menjatuhkan Khalid bagi mencerahkan peluangnya bertanding jawatan penting dalam pemilihan parti tahun ini. Ini semua tidak benar...mainan politik pihak yang tidak bertanggunjawab...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan