Waktu ini ranting parti berkenaan sedang siap sedia untuk menghadapi kongres peringkat cabang. Semua peringkat pada tahun ini mengalami pemilihan pemimpin, dari ketua ranting, ketua cabang dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Sementara jawatan yang sudah pasti hangat menjadi rebutan ialah timbalan presiden. Sekiranya Syed Husin benar-benar berhasrat meninggal parti berkenaan pertembungan merebut jawatan itu tidak dapat dielakkan. Syed Husin sebelum ini diberitakan tidak bercadang untuk mempertahankan kedudukannya itu.
Sehubungan itu sekurang-kurangnya tiga tokoh disebut kemungkinan cuba memenuhi jawatan bakal ditinggalkan Syed Husin itu. Mereka ialah Naib Presiden, Mohd Azmin Ali, Mustapa Kamil Ayub.
Dua ini antara tokoh yang dikatakan sesuai untuk memenuhi tempat bakal dikosongkan oleh Syed Ali. Keduanya ada keistimewaan dan wibawa masing-masing. Kedua-dua juga sudah menggerakan kempen secara memberi signal kepada ahli di peringkat negeri.
Seorang lagi tokoh yang juga dikatakan akan ditonjol untuk sama merebut jawatan itu ialah Zaid Ibrahim. Walaupun Zaid keberatan untuk ditonjolkan tetapi bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini dipercayai akan akur sekiranya ahli peringkat bawahan mahukan beliau mencuba di jawatan itu. Sekarang ini Zaid adalah ahli MPT yang dilantik dan antara orang yang bertanggungjawab menggubal perlembagaan Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti politik.
Menganlisa awal mengenai peluang ketiga tokoh ini ianya nampak sama rata dan masing-masing ada kekuatan tersendiri. Walaupun Zaid dianggap baru tetapi minat ahli PKR kepada beliau nampaknya memberangsangkan. Zaid yang terkenal dengan politik terbuka, terus terang dan bersikap liberal dilihat sebagai serasi dengan perjuangan PKR.
Kehadirannya dalam PKR walaupun dialu-alukan kebanyakan ahli tetapi ada orang yang cemburu bimbang Zaid menjadi orang penting dalam parti berkenaan. Secara halus ada usaha memperlekehkan Zaid.
Sekiranya Zaid tidak ikut sama bertanding perebutan jawatan itu akan berlaku antara Azmin dengan Mustapa Kamil. Azmin dikatakan sudah lama berminat dengan jawatan berkenaan sejak dua tahun lepas lagi. Sebelum ini beliau sudah berura-ura untuk menentang Syed Husin tetapi terpaksa membatalkan hasrtanya disaat-saat akhir.
Manakala penyertaan Mustapa Kamil adalah untuk memenuhi sebahagian ahli yang kurang senang dengan sikap dan pendekatan politik elit Azmin. Kalau Mustafa bertanding ia bukan menunjukkan bekas Setiausaha Politik Muhyiddin Yassin itu ingin kejarkan kedudukan tetapi demi memantapkan parti.
Keperluan Mustafa untuk menduduki jawatan nombor itu juga penting bagi mengimbangkan pengaruh Melayu dan menyuburkan Islam dalam parti multi racial itu.
selanjutnya di msomelayu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan