Pengikut

Khamis, 21 Januari 2010

BEKAS KETUA HAKIM LAKUKAN KESILAPAN...




Mahkamah Persekutuan hari ini mengubah penghakiman 10 tahun lalu yang dibuatnya dalam kes Adorna Properties Sdn Bhd lawan Boonsom Boonyanit yang sekaligus membuka peluang kepada pemilik tanah yang kehilangan tanah mereka secara tidak sah mendapatkan harta mereka semula.

Keputusan menukar penghakiman itu dibuat sebulat suara oleh lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi (kiri).

Mereka menukar keputusan yang yang dibuat oleh panel tiga hakim yang diketuai mantan Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin pada 2000.

Menurut Zaki adalah menjadi tanggungjawab perundangannya membetulkan kesilapan yang sebegitu nyata dan jelas.

“Adalah menjadi fakta yang jelas, bahawa ada orang yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan kesilapan itu dengan secara menipu memindahkan hak tanah berkenaan kepada diri mereka sendiri.

“Saya berharap dengan keputusan ini, pihak berkuasa akan lebih berhati-hati apabila mendaftarkan pemindahan hak milik tanah.”

Penghakiman akan babitkan 30 pemilik tanah

Dianggarkan 30 pemilik tanah akan terbabit dengan keputusan penghakiman hari ini.

Kes berkenaan dicetuskan oleh Boonsom Boonyanit, yang menetap di Thailand dan mempunyai dua petak tanah di Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Pada tahun 1988, seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Boonsoom Boonyanit membuat pengakuan bersumpah bahawa geran kedua-dua tanah berkenaan telah hilang.

Wanita itu berjaya mendapatkan Pejabat Tanah mengeluarkan sijil hak milik dan kemudiannya menjual tanah berkenaan kepada Adorna Properties dengan nilai RM12 juta.

Menyedari tanahnya dijual tanpa pengetahuannya, Boonyanit menyaman Adorna Properties.

Pa
da 1995, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membuat penghakiman yang memihak kepada Adorna Properties dengan alasan pemindahan itu sah walaupun tanah berkenaan diperolehi secara menipu.

Boonyanit membuat rayuan di Mahkamah Rayuan yang dianggotai oleh Gopal Sri Ram, Siti Norma Yaakob dan Ahmad Fairuz. Mereka membuat keputusan yang memihak Boonyanit pada 1997.

Adorna pula membuat rayuan balas kepada Mahkamah Persekutuan pada 2000 yang terdiri dari Eusoff Chin (atas), Wan Adnan Ismail and Abu Mansor Ali. Kali ini, keputusan memihak pula kepada Adorna.

Bagaimanapun, ketika itu, Boonyanit telah meninggal dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan