Pengikut

Rabu, 20 Januari 2010

CUCU TUN GHAFAR MELALAK LAGI...




Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan mahu menyerahkan jawatan Ketua Pembangkang yang kini disandangnya kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Langkah itu didakwa bertujuan mendapatkan semula sokongan ahli-ahli Pas terhadap perjuangan Anwar ekoran timbul dua isu utama iaitu pendiriannya terhadap penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian selain perbicaraan kes liwatnya.



Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, bagi membolehkan perkara itu berlaku, Anwar akan mengarahkan beberapa ahli Parlimen Melayu dari PKR menyertai Pas.



"Jika ini benar, saya amat berharap Abdul Hadi tidak terperangkap dan tertipu dengan tawaran tersebut kerana Anwar merupakan jenis manusia yang sanggup melakukan apa sahaja demi cita-cita politiknya.



"Saya juga amat berharap Abdul Hadi memikirkan semasak-masaknya tentang perkara ini kerana pendirian Anwar terhadap isu penggunaan nama Allah oleh Kristian telah mengguris hati serta menimbulkan kemarahan umat Islam termasuk ahli-ahli Pas sendiri,'' katanya kepada pemberita.



Pada 5 Januari lalu, parti yang dipimpin oleh Anwar itu tampil dengan kenyataan bahawa keinginan rakyat bukan Islam menggunakan kalimah Allah adalah satu perkembangan positif dan perlu diterima secara terbuka serta dengan lapang dada.



Pendirian Anwar itu bukan satu perkara baru apabila beliau pernah menyatakannya ketika berkempen pada pilihan raya kecil di Batang Air, Sarawak, April tahun lalu.



Pada kempen tersebut, Anwar berkata, tidak salah untuk penganut agama lain menyebut nama Allah kerana ia adalah hak agama masing-masing.



Muhammad Zahid berkata, sejak Anwar menyatakan kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut Kristian, sebahagian besar ahli Pas kini meragui kewibawaan Anwar sebagai "seorang pemimpin Islam sejati".



"Pendirian Anwar itu benar-benar menyentak ahli-ahli Pas kerana para ulama termasuk pemimpin mereka seperti Datuk Dr. Haron Din dengan tegas menyatakan mereka yang sokong bukan Islam guna kalimah Allah boleh membawa kepada kekufuran.



"Mahu tidak mahu gelora itu perlu ditamatkan kerana ia akan memberi kesan kepada masa depan PKR dan antara langkah untuk menyelamatkannya, Anwar bakal menawarkan jawatan Ketua Pembangkang kepada Abdul Hadi,'' katanya.



Muhammad Zahid turut menegaskan, isu liwat yang dihadapi Anwar juga menjadi salah satu faktor sokongan ahli-ahli Pas terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh itu semakin terhakis.



"Saya mendapat maklumat bahawa road show AMK untuk memberi penerangan mengenai kes liwat Anwar kurang mendapat sambutan khususnya dalam kalangan penyokong Pas.



"Oleh itu, mereka amat memerlukan bantuan Pas bagi menjayakan program itu. Jika hendak diharapkan jentera AMK semata-mata, mereka sukar untuk menjayakan road show tersebut,'' katanya lagi.



1 ulasan: