Tapak Asal Stesen Keretapi Pertama Tanah Melayu di Port Weld (Kini Kuala Sepetang)
Barisan Basional hari ini tiba-tiba menjadi juara kepada penduduk di Kuala Sepetang. Mereka bercadang memberikan tanah rizab KTM kepada kerajaan Perak.
Masalah tanah rizab ini telah berlanjutan sejak 1941 satu tempoh yang teramat lama.
Jika BN bersungguh-sungguh ingin menolong rakyat, perkara ini telah lama diselesaikan. Ini bukan perjanjian antara PR dan BN, ini adalah perjanjian antara BN dengan BN, apa masalahnya dengan BN ni?
Pengundi Kuala Sepetang jangan sekali terpengaruh dengan janji ini, ingat janji oleh Datuk Kong Cho Ha Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan untuk membina jambatan antara Kuala Sepetang dan Kampung Seberang, ingat hingga kini tiada apa yang dilakukan untuk menjayakan janji ini.
Perjanjian ini dilihat hanya untuk membeli undi dari penduduk Kuala Sepetang. Penduduk Kuala Sepetang perlu ingat bagaimana kehadiran bot-bot penguatkuasa meritine di waktu kempen Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang. Adakah mereka ikhlas ingin membantu atau mengugut.
Satu lagi, BN tak janji nak bagi tanah tersebut kepada penduduk di atas tanah rezab tersebut. Kami risau ia tergadai kepada syarikat kroni seperti tanah-tanah di tepi sungai Kuala Sepetang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan