Pengikut

Rabu, 27 Januari 2010

TAKUT KA....!






Seperti yang diduga keputusan Biro Politik PKR petang Selasa tidak bertindak segera keatas Zulkifli Nordin mencetuskan rasa tidak puashati dikalangan sesetengah pimpinan pakatan pembangkang.

Mereka semua berharap Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar Bharu itu dipecat serta merta oleh Biro kerana membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad mengenai isu kalimah Allah.


Antara yang mempertikaikan keputusan hendak hadapkannya ke Jawatankuasa Disiplin yang akan buat keputusan sama ada nak bagi amaran,gantung atau pecat ialah Ahli Majlis Tertinggi PKR Datuk Zaid Ibrahim.

Beliau hairan mengapa Zul jadi sangat istimewa.



Zaid menilai tindak Zul termasuk melanggar arahan tutup mulut oleh Biri Politik PKR semalam dengan membuat komen mengenainya kepada media akan hancurkan parti itu dari dalam.

Ikut ceritanya majoriti diantara 23 ahli Biro itu mahu Zul dipecat serta merta tetapi ada beberapa orang mahu langkah berlembut dulu.

Difahamkan kebimbangan utama mereka ialah tindakan serta merta keatas Zul yang melibatkan isu kalimah Allah akan menjejaskan sokongan Melayu pada pakatan pembangkang.


Sementara itu Zul yang tidak ganjak dengan pendiriannya memberi komen kepada berbagai media tentang keputusan Biro Politik PKR itu.

Ahli Parlimen itu antara lain menegaskan beliau berhak untuk terus bercakap pekara yang menyentuh tentang kepentingan agama.

Apun katanya beliau akan memberi kerjasama pada siasatan Jawatankuasa Disiplin PKR keatas dirinya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan