Pengikut

Rabu, 27 Januari 2010

UMNO MAHUKAN AZAN...






"Atas dasar persahabatan, saya harap Azan dapat kembali semula ke pangkuan UMNO kerana beliau dilahirkan menerusi 'kilang' UMNO".


Demikian nasihat Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Syed Anuar Syed Mohamad kepada Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail yang juga sahabat baiknya.



Menurut Syed Anuar, Azan yang baru melepaskan jawatan selaku Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang semalam merupakan pendokong kuat UMNO suatu ketika dulu.



Katanya, Azan sendiri banyak menyumbang khidmat bakti kepada bidang pendidikan sewaktu bersama-sama dalam kepimpinan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) sebelum ini.



Azan pernah memikul tanggungjawab sebagai Bendahari Agung GPMS dari 1997 hingga 2006 ketika badan ini dipimpin Datuk Suhaimi Ibrahim.

"Dalam tempoh itu beliau telah banyak menyumbang bakti dalam menggerakkan GPMS,".



Beliau mengulas isu peletakan jawatan Azan sebagai Timbalan Pengerusi PKR Pahang dan Pengerusi Biro Keahlian parti itu berkuat kuasa semalam kerana kecewa dengan pentadbiran parti negeri berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan