Pengikut
Isnin, 18 Januari 2010
" DIA " SEMAKIN HAMPIR
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPNPk) berkata terdapat petanda yang menunjukkan kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan dibubarkan dalam masa terdekat ini.
Berikutan itu, ia meminta semua jentera Pemuda PAS, khasnya dan Pakatan Rakyat amnya, supaya bersedia menghadapi pembubaran DUN tersebut.
"Rakyat negeri Perak dan pegawai kerajaan tentu lega dengan pembubaran DUN Perak ini dilakukan segera demi keharmonian dan kesejahteraan yang akan kembali pulih," kata Pemangku ketua DPPPk, Mohd Nur Amin.
"DPPNPk melihat banyak petanda bahawa pembubaran DUN Perak ini akan di lakukan dalam tempoh yang terdekat kerana pentadbiran kerajaan negeri semakin lumpuh.
"Dengan pertemuan (Menteri Besar) Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dengan Datuk Seri Mohd Najib Razak semasa di Arab Saudi baru-baru ini, sudah tentu akan membawa khabar berkaitan krisis rampasan kuasa oleh kerajaan negeri BN di Perak," katanya.
Mohd Nur berkata, ketidak hadiran Zambry di Persidangan Ke-169 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) yang dipengerusikan oleh Raja Muda Perak baru-baru ini, "dilihat ada perkara lebih penting yang akan di bincangkan dengan Datuk Seri Najib di Arab Saudi".
DPPNPk juga, katanya, telah mendapat sumber maklumat berkaitan majlis mengadap Sultan Perak oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) awal November lalu, yang menghangatkan lagi isu pembubaran DUN Perak.
Menurut Mohd Nur, awal Februari ini menandakan setahun rampasan kuasa oleh BN di Perak.
"Disebabkan itulah, Datuk Seri Zambry akan menyenaraikan pencapaian 11 bulan pentadbirannya berbanding 11 bulan pemerintahan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin," katanya.
Katanya, DPPNPk melihat suasana itu cukup untuk rakyat menilai sendiri krisis yang telah berlaku di Perak.
Beliau juga mendakwa "Datuk Seri Zambry yang terdesak juga telah cuba mengawal media-media Cina untuk memastikan kaum Cina akan menyokong BN walaupun MCA yang masih tidak dapat dipulihkan.
"DPPNPk meminta dan merayu kepada rakyat supaya kezaliman dapat di hapuskan dan keadialan dapat di tegakkan," katanya.
malaysiakini/bm
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan