Pengikut

Sabtu, 16 Januari 2010

BILA JUTAWAN DAPAT 30 JUTA




Di Kedah beras pun tak ada nak makan...
Rakyat makin susah dan semakin susah....


Ananda Dapat Projek RM30 juta Bekal Astro Sekolah

Laungan keramat bahawa "rakyat didahulukan" sebenarnya adalah satu helah Najib untuk menipu kita sebenarnya. Walhal disebaliknya, yang diutamakan ialah beberapa kerat kroni BN yang sudah sekian lama menikmati kekayaan di Bumi Malaysia tercinta ini. Tan Sri Ananda Krishnan (foto) misalnya, merupakan salah seorang individu terkaya di negara ini yang masih terus disuap oleh kerajaan BN dengan berbagai projek.

Terbaru, terdapat sumber melapurkan Ananda telah mendapat projek membekalkan Astro ke sekolah-sekolah melalui Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelaran Malaysia. Difahamkan, projek bernilai RM30 juta itu sedang rancak dijalankan sekarang ini. Cadangan projek itu kemungkinan besar diluluskan oleh Kementerian Pelajaran yang dipimpin oleh Mahyuddin Yassin sendiri. Entah atas alasan apa, projek itu diberikan kepada Ananda Krishnan agaknya.

Difahamkan, pegawai di BTP, Kementerian Pendidikan sendiri amat kecewa dengan keputusan tersebut. Tambahan pula apakah kewajaran utama yang menyebabkan semua sekolah mahu dibekalkan dengan siaran Astro. Alasan yang diberikan ia bertujuan untuk pendidikan amatlah dangkal sama sekali, kerana di sekolah bukanlah masanya yang paling sesuai untuk para pelajar menonton Astro. Malahan siaran TV Pendidikan juga telah disiarkan menerusi saluran TV biasa sebelum ini. Menurut salah seorang pegawai terbabit, beliau amat musykil dengan tindakan kerajaan tersebut.


"Adalah lebih elok wang jutaan ringgit itu digunakan untuk meringankan bebanan rakyat miskin menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Misalnya dengan mengurangkan yuran serta peruntukan lain yang tidak sepatutnya. Malah lebih elok lagi ia digunakan untuk program kecemerlangan pelajar daripada memasukkan Astro di sekolah-sekolah" katanya. Kenyataan itu ada kewajarannya, kerana kerajaan begitu sukar untuk membantu rakyat dalam urusan persekolahan malah bantuan buku teks itu sendiri, tiba-tiba sanggup memberi projek itu kepada Ananda Krishnan yang sudah kaya raya itu gamaknya. Amatlah kurang ajar bilamana, Ananda yang lebih diutamakan daripada rakyat.

Malah projek membekal Astro ke sekolah-sekolah itu adalah satu projek yang tidak sepatutnya dilaksanakan pada masa ini sebenarnya. Tambahan pula, terdapat maklumat yang mengatakan para pelajar zaman ini sudah tidak bergantung lagi kepada TV Pendidikan, dengan limpahan buku-buku latihan dan pendidikan yang melambak di pasaran. Malahan, guru-guru juga tidak mempunyai cukup masa untuk tujuan tersebut. Maka, apakah kewajaran projek Astro ini dilaksanakan?. Bukankah ia hanyalah anugerah istimewa daripada kerajaan untuk memperkayakan lagi kroni mereka yang sudah kaya raya itu. Apa yang jelas dapat dilihat, akhirnya Astro yang dibekalkan itu akan tersadai begitu sahaja dan menjadi tontonan para guru sahaja.

Muzik Aktif, Satu Lagi Projek Mengayakan Astro

Satu lagi projek dimana Ananada Krishnan diutamakan ialah langkah Kementerian Penerangan dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang membazirkan ratusan ribu wang rakyat setiap tahun semata-mata membeli siaran Astro 180 untuk siaran program Muzik Aktif terbitan mereka. Difahamkan projek bernilai ratusan ribu ringgit itu mencecah jutaan ringgit juga apabila kontraknya dilanjutkan dari tahun ke tahun oleh pihak Astro. Apakah kewajaran RTM menerbitkan sebuah rancangan hiburan untuk disiarkan di Astro 180 itu. Biarpun projek ini adalah dizaman Menteri Shabery Chek, namun ianya haruslah diambilkira oleh rakyat. Ini kerana rancangan hiburan sudah melambak-lambak di Astro.

Maka kenapa RTM mahu membekalkan lagi siaran itu dan terpaksa pula membayar peruntukan yang besar kepada Astro. Mereka lebih mengagungkan rancangan berbentuk hiburan 24 jam untuk merosakkan minda rakyat. Inilah dia kerja-kerja licik kerajaan UMNO BN dalam memesongkan dan meruntuhkan moral rakyat terutamanya generasi muda hari ini. Mereka sengaja menggalakkan hiburan sebagai aspirasi hidup rakyat.

Adalah lebih elok RTM menerbitkan rancangan berbentuk agama dan program yang boleh membentuk jati diri rakyat daripada siara hiburan seperti itu. Atau lebih elok lagi RTM sendiri menambah siaran mereka jika mahu menyiarkan rancangan itu. Kenapa perlu beri hak kepada Astro yang dimiliki oleh Ananda Krishnan agaknya?.
baca seterusnya dibujangsenang.blogspot.cpm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan