Pengikut

Sabtu, 16 Januari 2010

NAJIB PERJUANG ISLAM TULEN






Betoi ka Najib nak memperjuangkan Islam.....?
Bohong lagi Najib ni.........




Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia dan Arab Saudi perlu meningkatkan usaha dalam menangani pelbagai masalah getir yang dihadapi dunia Islam.

Perdana Menteri Malaysia itu berkata hubungan antara kedua-dua negara sepatutnya melampaui bidang ekonomi.

"Arab Saudi adalah negara yang amat penting bagi kita daripada segi menjalin kerjasama dalam memperjuangkan perjuangan umat Islam.

Perdana Menteri berkata demikian semasa berucap pada perhimpunan anjuran Majlis Perniagaan Malaysia di sini pada Jumaat malam sempena lawatan rasmi empat hari beliau ke Arab Saudi.

Najib dijadual menghadap Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud di Riyadh pada Sabtu.

"Saya berhasrat berbincang dengan baginda bukan sahaja mengenai cara terbaik untuk meningkatkan hubungan ekonomi antara kedua-dua negara tetapi juga mengenai perlunya kedua-dua negara bekerjasama lebih rapat dalam membantu menyelesaikan isu-isu yang dihadapi umat Islam," katanya.

Isu berkenaan, katanya termasuk yang melibatkan umat Islam di negara yang dilanda konflik.

Perdana Menteri turut menyentuh mengenai perlunya menangani isu berhubung imej agama dan umat Islam yang sering diputarbelitkan.

"Banyak perseptif negatif dilemparkan terhadap umat Islam di banyak negara di dunia," kata Najib.

-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan