Pengikut

Rabu, 27 Januari 2010

TUTUP MULUT KATA Dr LATIF





Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, meminta semua pihak termasuk media supaya menghentikan spekulasi yang mengaitkan pegawai kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam kecurian dua enjin jet F-5E milik pasukan itu.

Beliau berkata, keputusan yang dikeluarkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) semalam, yang juga adalah sebuah badan bebas yang menjalankan siasatan secara telus dan berintegriti, jelas menunjukkan bahawa tiada bukti pembabitan pegawai kanan pasukan itu dalam kes berkenaan.




"Dengan keputusan yang dikeluarkan oleh PAC, ia dapat membetulkan tanggapan negatif semua pihak termasuk media," katanya selepas menyempurnakan majlis penghantaran Kumpulan Induk Malcon East 5 (ME 5) di Pangkalan Udara TUDM Subang di sini, hari ini.

Semalam, Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid, berkata tiada sebarang bukti yang boleh mengaitkan mana-mana pegawai kanan TUDM dalam kes kecurian enjin jet terbabit.

Dengan keputusan yang di buat oleh PAC itu, Abdul Latiff berkata, tiada lagi pegawai dari kementerian itu dan TUDM yang akan dipanggil untuk disiasat, dan kementerian serta TUDM telah pun memberi maklumat dan kerjasama sepenuhnya kepada PAC.

"Kes ini juga telah diserahkan kepada mahkamah, jadi biar mahkamah yang tentukan , .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan