KES DSAI TANGGUH
Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Januari ini ditunda ke 2 Februari.
Ini kerana Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuannya bagi mendapatkan dokumen-dokumen penting kes pagi Rabu hanya dapat membuat keputusan pada 29 Januari ini.Keputusan berkenaan diumum oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Ariffin Zakaria.
Selain beliau dua hakim lain yang mendengar rayuan ini ialah Datuk Md Raus Shariff dan Datuk Abdul hamid Embong.Penal peguam Anwar diketuai oleh Karpal Singh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan