Pengikut

Khamis, 28 Januari 2010

DIA DAH DATANG







Empat wanita berpakaian tradisional dari pelbagai kaum di Malaysia menunjukkan Trofi Piala Dunia FIFA dekat sini hari ini.

Trofi berukuran 36.6 cm tinggi, seberat 6.175 kilogram dan diperbuat daripada emas padu 18 karat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Jakarta, Indonesia.

Ketibaan trofi itu adalah sebahagian daripada penjelajahan selama sembilan bulan ke 83 negara merentasi lima benua dan ia akan dipamerkan kepada umum pada Jumaat ini dari 10.00 pagi sehingga 10.00 malam di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur.


Afrika Selatan akan menjadi tuan rumah perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA yang akan berlangsung dari 11 Jun hingga 11 Julai.


DALAM SUKAN PUN TERLALU BANYAK RASUAH...
SAMPAI BILA NAK JADI TUKANG SORAK DAN TUKANG TENGOK...?
CAKAP BESO...SEMUA BOLEH....!!
BOLEH TENGOK JE LE.....
CAKAP BESO...TERKENAL SELURUH DUNIA...
HABUK PUN TAK ADA....!
RASUAH NO 1....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan