Pengikut

Selasa, 26 Januari 2010

KHIR TOYO DISIASAT SPRM...?




Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiapkan siasatan dakwaan penyalahgunaan dana awam untuk lawatan bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo (bawah) ke taman tema Disneyland di Perancis dan Amerika Syarikat.


Pengarah SPRM Selangor Datuk Jaafar Mahad berkata kini terpulang kepada peguam kanan persekutuan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk mengambil lanjut.


"Saya dimaklumkan SPRM Putrajaya telah menyelesaikan siasatannya mengenai itu dan telah dihantar ke peguam kanan persekutuan.



"Sekarang, peguam kanan persekutuan akan menyiasat perkara itu dari semua sudut perundangan, berdasarkan keterangan yang diberikan .



Mohd Khir didakwa menggunakan dana kerajaan negeri untuk membuat dua "lawatan teknikal" ke taman tema di Perancis dan Amerika Syarikat pada 2004 dan 2007, yang dikatakan membabitkan perbelanjaan kira-kira RM1.7 juta wang anak syarikat kerajaan negeri Permodalan Negeri Selangor Bhd.



1 ulasan: