Pengikut
Isnin, 5 April 2010
1 MALAYSIA F 1 GAGAL...
Pasukan Formula Satu (F1) negara, Lotus Racing gagal menyerlah di 'laman sendiri' pada perlumbaan Grand Prix Petronas Malaysia edisi ke-12 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) ahad lepas.
Pelumba utamanya, Jarno Trulli dari Itali sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-17, ketinggalan lima pusingan daripada pemenang perlumbaan, Sebastian Vettel dari Red Bull Racing.
Rakan sepasukannya dari Finland Heikki Kovalanen pula menamatkan perlumbaan namun tidak diklasifikasikan setelah ketinggalan 10 pusingan daripada pemenang tempat pertama.
Kekecewaan itu bertambah untuk Lotus Racing apabila dua pasukan baru yang bersaing tahun ini menamatkan perlumbaan di tempat ke-14 melalui Lucas di Garsi (pasukan Virgin Racing) dan 15 melalui Karun Chandhok (pasukan HRT F1 Racing).
p/s: berjuta abis yop ! apa hasilnya...???
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan