Pengikut

Isnin, 5 April 2010

BERAHIM ALI KATA GERAKAN PARTI TIN KOSONG





Presiden PERKASA, Ibrahim Ali menyifatkan Gerakan sebagai parti tin kosong, kerana tidak mempunyai perwakilan dalam parlimen, malah perlu bergantung kepada saluran perlantikan Senator untuk masuk ke Dewan Parlimen.

Ibrahim Ali juga menuduh bahawa Gerakan heboh membuat kenyataan kontroversi untuk mengembalikan sokongan masyarakat Cina kepada dirinya. Dari kaca mata ahli parlimen Pasir Mas yang "bebas" ini, Gerakan berbuat demikian demi kepentingan politik dirinya kerana parti komponen BN ini sedang bersaing dengan DAP.

"Tapi, itu sudah terlambat," sindir Ibrahim Ali yang "bersimpati" kepada Gerakan. Beliau berkata, "Saya bersimpati kepada Gerakan. Mereka sekarang ni parti kosong, tin kosong. Mereka tidak mempunyai perwakilan dalam parlimen, perlu bergantung kepada perlantikan Senator (untuk masuk ke parlimen)."




Setelah diingatkan bahawa Gerakan masih mempunyai dua orang Ahli Dewan Rakyat yang terpilih dalam PRU ke-12, Ibrahim Ali berkata, "Ya, mereka mempunyai seorang dua, tapi itu tak cukup, mereka masih memerlukan senator untuk mempertingkatkan bilangan kerusi mereka."



Selain itu, Ibrahim Ali juga menghargai kenyataan Perdana Menteri, Najib Razak bahawa PERKASA bukan kumpulan ektremis. Ibrahim Ali berkata, "PM memahami PERKASA dengan baik. Saya amat gembira dengannya (kenyataan PM). Kerana beliau seorang Perdana Menteri, beliau tidak berkata sesuatu sesuka hati beliau, beliau semestinya mempunyai laporan, mendapat maklum balas, kemudian barulah berkata kepada rakyat."


Tiada ulasan:

Catat Ulasan