Pengikut

Selasa, 6 April 2010

BERAHIM ALI MARAH KARPAL PASAL INI KOT ?






Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu kerajaan mengisytiharkan hari Vaisakhi dan Tahun Baru yang disambut oleh masyarakat Sikh dan penganut Hindu pada 14 April setiap tahun sebagai cuti umum.


Menurut beliau, selaras dengan slogan 1Malaysia yang dicanangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, maka adalah wajar kerajaan mengumumkan tarikh berkenaan sebagai hari perlepasan awam.


“Pelbagai desakan telah dibuat supaya 14 April dijadikan hari cuti untuk masyarakat Sikh dan penganut agama Hindu tetapi sehingga hari ini tiada respon yang positif daripada kerajaan” .


Karpal berkata jika Kerajaan Persekutuan pimpinan Barisan Nasional tidak mahu menghormati hari kebesaran itu, beliau mencadangkan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor yang diterajui Pakatan untuk berbuat demikian.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan