Pengikut

Selasa, 20 April 2010

CEMAS ! : MUHYIDDIN CUBA JATUHKAN, MALUKAN NAJIB






Tindakan pemimpin Umno membangkitkan isu moral dalam kempen PRK Hulu Selangor dilihat taktik dan perancangan jauh kumpulan pro Muhyiddin Yassin untuk menjatuhkan kumpulan Najib Razak dengan lebih cepat, kata Ketua Cabang PKR Temerloh, Ahmad Nizam Abdul Hamid.


Berucap pada ceramah penerangan isu-isu terkini di Hulu Selangor anjuran PAS Kawasan di Kampung Paya Kecik, malam tadi, beliau menjelaskan isu moral calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim sengaja dimainkan Umno bagi mewujudkan suasana serangan balas terhadap isu moral kumpulan Najib yang sekali gus akan menjatuhkan maruah Presiden Umno itu.





“Kita tahu ada perebutan kuasa antara Najib dan Muhyiddin dan kita tahu ada usaha untuk menjatuhkan Najib lebih awal. Pendedahan isu akhlak sengaja dimainkan semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor yang diketuai Muhyiddin Yassin,” katanya.




Katanya, mereka sengaja mahu isu akhlak dibangkitkan kerana sedar pihak Pakatan Rakyat akan menyerang balas akhlak pemimpin Umno terutama Najib dan kumpulannya.



"Apabila menyebut soal akhlak, nak tak nak, kita akan menyebut soal Najib. Nak tak nak, orang akan menyebut pemimpin Umno yang kena tangkap basah di Port Dickson, nak tak nak, orang menyebut soal Altantuya dan nak tak nak, orang akan menyebut soal ada Menteri yang minum arak bersama isterinya,” ujarnya lagi.



Menurutnya, apabila Pakatan Rakyat mendedahkan perkara itu, kumpulan Najib akan menerima kesan buruk bagi perebutan jawatan di dalam Umno.



“Sebab itu, isu akhlak ini merupakan perancangan jauh Muhyiddin menggunakan PRK Hulu Selangor menjatuhkan maruah Najib dan konco-konconya,” katanya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan