Penyusunan semula tangga gaji dan elaun hampir 2,000 posmen dan kerani pos agar selaras dengan penjawat awam lain akan berkuatkuasa Julai ini, kata Rais Yatim.
Penyusunan semula yang telah mendapat persetujuan Kerajaan, akan diumumkan Pos Malaysia Bhd selepas urusan pentadbiran dan penstrukturan semula selesai.
"Seperti yang diketahui umum gaji pokok posmen sekarang ialah RM610 sebagai permulaan dan RM710 untuk kerani pos, itu boleh dikatakan sebagai di bawah paras kemiskinan.
"Dengan dasar untuk menyemak semula gaji ini dan beberapa elaun pokok maka dapatlah dianggap bahawa para posmen serta kerani pos kita nanti sejajar pendapatan mereka dengan mereka yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam”.
Penstrukturan itu akan disokong dengan kenaikan harga setem serta kos penghantaran surat dan bungkusan ke luar negara dan di dalam negara, berkuatkuasa Julai ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan