Bukan rahsia lagi terdapat undercurrent yang kuat mahukan kerusi Parlimen Hulu Selangor dikembalikan kepada UMNO.
Malah sepanduk yang bertulis mahukan bekas MB Selangor Muhammad Muhd Taib dipasang oleh penyokongnya di beberapa tempat sekitar Hulu Selangor termasuk di Kuala Kubu Bharu. (ad )
Di kalangan Umno setakat ini tidak ada nama lain yang diketengahkan, kecuali Muhammad Taib. Ini menunjukkan kalau UBN bersedia mengkhianati hati MIC, Muhammad Taib adalah pilihan tepat. Dari konteks UBN, mereka harus mengenepikan dahulu agenda politik Muhyiddin kerana kemenangan yang utama.
Dalam hal ini Najib akan membuat keputusan dan Muhyiddin akan mengumumkannya.
Apa yang berlaku di Bagan Pinang akan berlaku di Hulu Selangor. Muhyiddin yang menunjukkan sikap kurang menyokong Mohd Isa, akhirnya dipaksa untuk mengumumkan Muhammad Taib? (mso)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan