Pengikut
Khamis, 1 April 2010
JAMAL "BENGGANG" ZAMBRY JADI MB
Pendedahan ADUN Pangkor yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bahawa dirinya ‘dilamar’ untuk menjadi Menteri Besar dan mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Pakatan Rakyat ketika Kerajaan Barisan Nasional tumbang, mengejutkan persidangan Dewan Negeri, semalam.
Zambry berkata, ketika itu terdapat rombongan daripada pihak Pakatan Rakyat yang datang ke rumahnya dengan hajat untuk menawarkan jawatan sebagai Menteri Besar bagi mewujudkan kerajaan perpaduan.
“Dengan hantaran-hantaran yang dihantar ke rumah saya, namun saya tidak benarkan masuk ke dalam pagar rumah saya. Tetapi ada dua ‘hantaran’ yang sempat masuk ke rumah saya.
“Pendedahan ini saya bongkar kerana mereka mempersoalkan politik demokrasi, politik bermoral yang kononnya bersih. Saya lebih faham.
“Jangan anggap saya berada dalam politik kerana berkeinginan untuk menjadi Menteri Besar,” katanya.
Sementara itu, Jamaluddin yang ditemui di luar Dewan berkata, beliau pernah dimaklumkan berhubung perkara itu, namun ia dirahsiakan daripada pengetahuannya.
“Ini kerana, pada waktu itu disebut-sebut saya sebagai calon Menteri Besar, saya dapat juga berita itu, tetapi semuanya berkat kesabaran.
“Kalau di peringkat awal Dr Zambry ditawar sebagai Menteri Besar beliau tolak tetapi dengan janji Allah, beliau tetap menjadi Menteri Besar,” katanya.
Jamaluddin berkata, beliau menyedari bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghubungi Dr Zambry dengan tawaran berkenaan, tetapi pada masa yang sama, Anwar juga menawarkan jawatan itu kepada beliau.
“Saya memang tahu, memang ada orang hubungi Dr Zambry untuk tawarkan sebagai Menteri Besar, tetapi Datuk Seri Anwar Ibrahim suka berdolak dalih, depan dia lain, belakang dia lain.
“Waktu dia panggil saya, dia kata ‘boleh Jamal’ ,jadi Menteri Besar, tapi saya dapat berita daripada kawan-kawan dia dah hubungi Dr Zambry.
”Jadi nampak benda ini, tidak bagus. Kalau dia tidak mahu saya pun dia cakap lah. Tetapi dia sentiasa berdolak-dalih.
“Saya berani sebut, itu bukanlah rekaan Dr Zambry, itu betul cuma beliau tidak mahu menghuraikan lebih lanjut, tetapi saya tahu dan orang PKR juga tahu,” katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan