Pengikut

Khamis, 15 April 2010

MARI KITA SAMA-SAMA ISYTIHAR





Datuk Zaid Ibrahim berkata, beliau sanggup mengisytiharkan hartanya serta-merta sekiranya TPM Muhyiddin Yassin dan Menteri Kabinet sanggup menyahut cabaran yang sama.



"Sekarang pun boleh isytihar, esok pun boleh. Tetapi mereka kena isytihar juga," katanya ketika ditanya kesediaan beliau berbuat demikian setelah isu 'kekayaannya' dibangkitkan Muhyiddin semalam.



Menyifatkannya sebagai "tuduhan karut", Zaid turut kelihatan mempersoalkan peranan Muhyiddin sebelum ini - ketika menjadi Menteri Kabinet - terhadap cadangan Perdana Menteri pada waktu itu Tun Abdullah Badawi supaya mereka mengisytiharkan harta dan hutang masing-masing.



"Tetapi cadangan Pak Lah ditolak. Jadi Muhyiddin patut jelaskan mengapa?" soalnya kembali sambil mendakwa beliau masih berpegang kepada pendirian lamanya menyokong cadangan tersebut.



Dalam sidang media di Bukit Beruntung semalam, Muhyddin dilaporkan mendakwa PKR memilih Zaid sebagai calon mereka sempena pilihan raya kecil pada 25 April ini kerana bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu kaya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan