Pengikut

Jumaat, 2 April 2010

KONONNYA BELA NASIB RAKYAT ?






Lebih 12 tahun dulu, aku "
sit in" satu-satunya kelas falsafah logik dengan keghairahan terhadap ilmu dan kepercayaan bahawa pensyarah yang hodoh rupanya pasti dapat memberi jawapan kepada seribu pertanyaan yang mengepung otak durianku ini.



Meskipun selepas itu aku hanya ghairah dengan pensyarah cun dan enggan mengingati kembali detik-detik bersama sang hodoh kerana nafsu diri, pemikiran logik terus menjajah otak durianku tanpa meminta izin dahulu daripada aku.




Hari ini, pemikiran logik otak durianku ini tercabar kerana manusia yang bergelar Perdana Menteri atau Najib namanya melakukan sesuatu yang sukar diterima oleh otak durianku. Kerana buku tidak berdarah bertajuk "Model Ekonomi Baru", Sang Najib terpaksa berbicara tentang sesuatu yang tidak dipercayainya:



Bahawasanya golongan suri rumah berpendapatan kurang dari RM1500 sebulan mencakupi 40% daripada kumpulan manusia yang menduduki bumi bergelar Malaysia tanpa diberikan sokongan padu oleh Kerajaan Bazir Nafi.




Apa yang sebenarnya mencabar otak durianku? Bukan sang penakut perempuan tetapi tindakan aneh seorang Perdana Menteri yang berbicara tentang nasib golongan miskin bukan di depan rakyat kategori 40% ataupun dalam dewan di mana wakil-wakil rakyat membahaskan perkara-perkara berkaitan nasib rakyat jelata tetapi di depan "
investor" yang pasti tidak kurang bilangannya yang menduduki kategori 20% teratas.



Apabila otak durianku melihat dirinya di depan cermin logik dan menanyakan bayangan dirinya soalan yang tidak pernah difikirkan oleh sang Najib, "apakah lokasi yang sesuai bagi seorang Perdana Menteri yang kononnya 'Rakyat Didahulukan' bagi membicarakan model baru kononnya mahu memelihara nasib rakyat kategori 40%", cermin logik tanpa melangkaui batasan "
reasonable doubt" terus memberikan jawapan yang cepat, tepat dan padat- Dewan Rakyat. Tak perlu pergi kuliah, kita semua tahu jawapannya.



Aku tidak ada peluang seperti sang Najib yang kononnya prihatin terhadap rakyat kategori 40% tetapi lebih suka menghabiskan masa dengan "
investor", kalau tidak pasti aku menanyakan hadirin hadirat yang menghabiskan masa bersama sang Najib sepanjang penjalanan seminar "Invest Malaysia 2010", apakah awak semua tidak rasa hairan dengan tindakan aneh sang Perdana Menteri yang berbicara tentang nasib rakyat kategori 40% di depan manusia bergelar "investor" yang tugas utamanya melabur dan meraut keuntungan?



Apakah awak semua tidak setuju dengan otak durianku bahawa wakil rakyat yang berbicara dalan Dewan Rakyatlah yang ditugaskan oleh rakyat untuk memelihara nasib rakyat kategori 40%?



Ataupun, sang Najib yang mengkehendaki kehadiran 100% ahli parlimen Bazir Nafi setelah dimalukan dengan keputusan belah bahagi 64-63, mahukan kehadiran 100% ahli parlimen Bazir Nafi dan wakil rakyat Pakatan Rakyat di seminar "Invest Malaysia 2010"? Apakah Parlimen Malaysia telah bertukar nama menjadi "Invest Malaysia"?


Dunia hari ini agak aneh juga. Apa yang tidak diajar dalam kuliah lazimnya disentuh dalam ceramah politik. Cuma apa yang dibangkitkan sebagai topik bicara utama oleh ahli politik Pakatan Rakyat lazimnya disentuh sepintas lalu oleh ahli ekonomi "establishment". Contohnya soal rasuah dan korupsi. Contohnya soal "rent-seeking" dan "patronage". Biarpun dalam buku tidak berdarah itu disentuh soal-soal ini juga, ia disentuh sepintas lalu sahaja. Ini bagi membuktikan betapa bertaubatnya Kerajaan Bazir Nafi terhadap soal-soal sedemikian.




Dan cukuplah setakat ini. Jangan dibangkitkan lagi! Jangan ditelusuri trajektori skandal yang telahpun dilakukan oleh Kerajaan Bazir Nafi! Ini kan sejarah. Manusia harus sentiasa melihat ke depan. Segala dosa Kerajaan Bazir Nafi tidak akan diulangi. Kita kan ada APCO dan 1Malaysia.




Maka pandai-pandailah kita semua. Asalkan bertaubat, tak perlulah di bumi ini kita berbicara tentang bagaimana perubahan politik dan reformasi institusi akan menjadi pelengkap utama kepada perubahan ekonomi dan pembangunan rakyat kategori 40%. Cuma otak durianku kadang-kala merasa sepi dan sedih, kenapa dasar-dasar baik Pakatan Rakyat bila saja dipinjam pakai oleh Kerajaan Bazir Nafi, jarang-jarang sekali dapat dijamin pelaksanaannya secara telus dan konsisten! Kali ini model baru itu kononnya masih ada "Part II" - Implementasi.




Percayalah otak durianku, bukan sahaja dimensi dasar, dimensi implementasi juga, apabila dilaksanakan oleh Kerajaan Bazir Nafi, pasti wujud "loophole" yang besar lagi membesarkan. Mengapakah logiknya sebegitu rupa? Ini kerana mana-mana kerajaan yang benar-benar melihat ke depan, ia pasti nampak dan faham benar, dalam kalangan negara-negara berpendapatan tinggi yang sedia ada dan yang bakal wujud, terdapat satu set pelengkap utama yang menjayakan proses transformasi ekonomi.



Contohnya kewujudan Akta Kebebasan Maklumat dan "free press". Contohnya pertukaran rejim pemerintah dalam konteks dan kerangka sistem dua parti. Ini logik otak durianku. Tak serupa logik sang otak udang yang lazimnya cakap tak serupa bikin.



Ooi Heng ialah penganalisa politik dan kolumnis merdeka review


1 ulasan:

  1. Bapak segala pembohong....kalau nak bela rakyat bentangkan dala DALAM DEWAN RAKYAT bukan depan "investor" yang hanya meletakkan untung di depa mata mereka.

    Kalau dah dasar pembohong...dah jadi pm pun masinh nak menipu lagi.

    BalasPadam