Kejayaan besar pada pilihanraya 2004 menyebabkan pemimpin BN terlalu leka, selesa dan khayal. Kerajaan selepas pilihanraya 2004 membiarkan masalah kecil menjadi besar sehinggakan memberi kesan negatif kepada rakyat dan pengundi.
Saya nampak ada 4 perkara yang menyebabkan BN hilang pengaruh dan pembangkang menjadi kuat:
Pertamanya, kegagalan BN menyelesaikan kemelut MCA. Segala masalah dalaman MCA diserahkan kepada pemimpin atasan MCA untu diselesaikan. Kononnya kerana pemimpin UMNO tidak mahu camput tangan dalam urusan MCA, sedangkan MCA itu ialah parti komponen BN dan pucuk pimpinan BN mempunyai kuasa dan turut bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah tersebut, dan bukannya menyerahkan untuk diselesaikan oleh pimpinan MCA sendiri, sedangkan punca masalah ialah dari pemimpin-pemimpin MCA sendiri sehingga MCA, pada waktu itu, sudah lemah dan berkecamuk.
Maka akibatnya, orang China yang hilang kepercayaan terhadap MCA mencari alternatif - mereka pergi kepada DAP, dan yang tidak suka kepada DAP pergi pula kepada PKR dan banyak yang turut menyokong PAS sebagai undi protes.
Kedua, masalah masyarakat India yang diketengahkan oleh Hindraff. Mereka pernah datang kepada kerajaan BN meminta pertolongan untuk menyelesaikan masalah mereka, tetapi kerajaan BN tidak ambil peduli.
Oleh kerana Hindraff mewakili masyarakat India maka diserahkan kepada pemimpin tertinggi MIC supaya menyelesaikan masalah tersebut. Tetapi pemimpin MIC tidak mampu menyelesaikannya, malah MIC sendiri menjadi punca kepada masalah yang hendak diselesaikan. Krisis kepimpinan dalaman MIC sememangnya sedang membara di ketika itu. Maka Hindraff mencari alternatif lain iaitu PKR. Walau pun PKR tidak boleh menyelesaikan masalah masyarakat India menyokong PKR hanyalah sekadar menunjukkan perasaan tidak puas hati mereka.

Ketiga, pelaksanaan dasar-dasar baru seperti Islam Hadhari sungguh membazir masa dan wang, dan mengelirukan. Tanpa Islam Hadhari pun dunia Islam sudah berpecah-belah. Ianya sukar diterima oleh Umat Islam yang mazhab Shafi'e sudah cukup jelas.
Duta dari negara-negara Islam Saudi Arabia, Pakistan, Bangladesh, Turki, Maldives dan Mesir yang menjadi ahli Majlis Universiti Islam Antarangbangsa, yang hadir waktu saya tanyakan mengenai kemungkinan UIA dijadikan pusat menyebaran Islam Hadhari ke seluruh dunia, menjadi tersenyum sinis dan memberi maklum balas, kemudiannya, bahawa negara mereka tidak menyokong ide tersebut. Seorang duta menyatakan kita sudah cukup banyak masalah dalam dunia Islam tanpa ditambah dengan Islam Hadhari.

Saya difahamkan oleh Perdana Menteri di waktu itu bahawa Islam Hadhari disokong oleh George W. Bush, Tony Blair, Perdana Menteri Australia, pemimpin Jepun dan pemimpin barat seperti Jerman. Mengikut dato' saudara saya Almarhum Hafiz Teungku Muhammad Dahan Inderapuri apabila sesuatu ide itu sangat digemari oleh golongan kuffar maka kemungkinan ide itu bersalah.
Keempat , apabila tiba pilihanraya, pemilihan calon pula tidak mengambil kira kehendak akar umbi. Mengikut kehendak anak menantu. Bukan itu saja, orang-orang lama yang bertanding di satu-satu kawasan langsung tidak dimaklumkan mengenai pemilihan pengganti baru. Ketua-ketua UMNO Bahagian dan pandangan mereka tidak diminta dan tidak dipedulikan.
Bagi orang-orang Melayu, walau apa jua kekurangannya, tetapi sangat sarat dengan budi bahasa; jika tidak dipilih untuk terus menjadi calon pun tidak mengapa asalkan mereka diberitahu terlebih dahulu. Ini tidak. Maka apabila calon yang dipilih tidak dikenali, malah tidak disukai bila dikenali, kita pun kalah dalam pilihanraya.
Kesemuanya itu melemahkan UMNO dan BN.
Pembangkang menang bukan kerana Anwar ada kelebihan dan bukan juga keraka mereka kuat tetapi kerana UMNO dan BN itu yang lemah.
Suatu analisis yang tepat. Masalah2 yang disebutkan adalah berpunca dari kerakusan pemimpin2nya yang masing2 mengejar kuasa dan harta. Selagi UMNO/BN memegang tampuk kuasa ia tidak akan berhenti.
BalasPadamSanusi pula adalah seorang unik lagi kreatif. Semasa beliau memegang kerajaan Kedah. Kejayaannya banyak juga. Yang saya nampak ialah 'bangsal2 buruk' yang dibina di depan mesjid2, yang kebanyakannya sekarang ini hanya tinggal menjadi setor tikus. Kedua ialah rumah2 kayu yang usang yang sedang reput di hadapan Wisma Darulaman, hanya tunggu hari nak rebah. Dan yang ketiga ialah pusat penyembelihan lembu di Paya Pahlawan, yang pada masa ini menjadi pusat tanaman lalang. Itu pun nasib baik tak sempat tanam padi atas bumbung. Kalau tidak, kenalah cari mesin potong padi yang ada sayap. Sanusi... sanusi...