Pengikut

Khamis, 15 April 2010

PEMIMPIN UMNO KECUT TELO DENGAN UGUTAN MIC





Selepas rundingan demi rundingan dan disertakan dengan pelbagai ancaman, akhirnya MIC dikatakan dapat tiga dan Umno tidak dapat apa-apa di Hulu Selangor.



Ketua Penerangan MIC Pusat, P Kamalanathan dilaporkan telah dipilih sebagai calon, manakala Timbalan Presiden MIC, G. Palanivel dijanjikan kerusi Senator dan Timbalan Menteri.


Keputusan ini dikatakan kompromi terbaik dan dikatakan sebagai menang-menang selepas MIC berkeras mahukan Palanivel bertanding di kerusi itu.



Umno tidak bersetuju dengan Palanivel dan lebih senang dengan Ketua Pemuda MIC Bahagian Hulu Selangor, V Mugilan. Namun, MIC bahagian mengugut akan menentang keputusan itu dan MIC Pusat pula mengugut akan memecat beliau dari MIC.
“Ini formula terbaik, situasi menang-menang... sebenarnya dengan ini MIC akan mendapat satu kerusi senator dan timbalan menteri tambahan,” kata seorang pemimpin kanan MIC sebentar tadi.




p/s : umno jadi tukang kempen je le...apa pun tak dapat..
menang sorak ...kampung tergadai...

Pemimpin UMNO tak ada maruah langsung...!!!!

Mana PERKASA...memperjuangkan Melayu...??? tak berbunyi !!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan