Pengikut

Selasa, 13 April 2010

PRK HULU SELANGOR : KAMI AKAN BERENANG DAN TENGGELAM BERSAMA





BN dipercayai akan berkempen dengan mendakwa hanya anak tempatan yang mampu memperjuangkan masalah Hulu Selangor berbanding dengan Pakatan Rakyat yang hari ini menamakan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon mereka.


Zaid yang berasal dari Kelantan dipercayai akan ditentang oleh calon BN, G Palanivel yang juga merupakan bekas ahli parlimen kawasan itu selama empat penggal.


“Beliau bukan anak tempatan, lebih-lebih lagi beliau adalah muka baru kepada Hulu Selangor dan juga dalam partinya sendiri , kata Khir Toyo.


Sementara itu, Ketua Penerangan MIC Kamalanathan berkata pencalonan Zaid menambahkan lagi peluang MIC untuk merampas semula kerusi itu.


“Pembangkang mencalonkan Zaid dari Kelantan daripada anak tempatan kerana mereka akan memberi tumpuan kepada isu nasional. Kekuatan BN adalah calon kami. Kami mahu calon kami diterima penduduk tempatan dan juga di seluruh negara,” katanya.



Beliau mendakwa Zaid akan melupakan Hulu Selangor sebaik sahaja jika dia memenangi pilihan raya itu.




“Calon kami akan berenang ataupun tenggelam bersama penduduk Hulu Selangor, sedangkan Zahid, jika menang akan pulang ke rumahnya dan mungkin tidak akan kembali,” katanya lagi dengan nada sinis.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan