Rosmah Mansor turut bercadang untuk mewujudkan Pusat Permata Negara di Hulu Selangor.
Beliau berkata pihaknya memang dalam perancangan untuk mengadakan Pusat Permata Negara di kawasan tersebut tetapi oleh kerana sukar mendapatkan tanah dan bangunan, kerana itu ia terpaksa ditunda.
"Sama ada kita tengok bangunan daripada Kemas ataupun kita berbincang dengan Felda untuk kita mengadakannya.
"Saya melihat bahawa kanak-kanak di sini yang merupakan kanak-kanak dari luar bandar seharusnya mendapatkan pendidikan yang terbaik terutama sekali pendidikan untuk di bawah umur empat tahun.
"Pada pandangan beliau, kawasan di Hulu Selangor ini memang sepatutnya mendapat satu Pusat Permata Negara, tadi saya dah bersalaman dengan ramai kanak-kanak di sini dan ibu mereka juga telah menyatakan kepada saya bahawa mereka inginkan anak-anak mereka pergi ke Pusat Permata Negara di sini.
"Setakat ini kita tidak ada Pusat Permata Negara di sini," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Program Bersama Rakyat di Kampung Sungai Buaya di sini malam tadi.
p/s : gula-gula "hapak" PRK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan