Pengikut
Selasa, 6 April 2010
UMNO MANA TAU..SAYA CALON PALING SESUAI
Timbalan Presiden MIC Datuk G Palanivel mengesahkan hanya namanya dicalonkan parti itu bagi PRK Parlimen Hulu Selangor untuk pertimbangan PM . "Presiden MIC hanya pilih saya sebagai calon. Ini kerana saya adalah Ketua Bahagian MIC Hulu Selangor, Pengerusi MIC Selangor dan Timbalan Presiden.
Kalau tidak hanya satu nama, calon lain mari akan timbul persaingan. Itu akan menggegarkan cawangan MIC di seluruh negara," katanya.
Difahamkan MIC sebelum ini menyenarai beberapa nama kepada Pengerusi BN Najib Razak sebagai calon pilihan raya kecil itu yang ditetapkan pada 25 April ini. Palanivel, bekas wakil rakyat kawasan itu selama empat penggal sejak 1990 sebelum tewas pada pilihan raya umum 8 Mac 2008, disebut-sebut mewakili BN di kawasan itu walaupun ada desakan supaya diketengahkan calon daripada Umno.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan