Pengikut

Ahad, 10 Januari 2010

1 MALAYSIA : 2 JUTA POUND PROMOSI MAKAN





Perbadanan Perbangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) memperuntukkan 2.0 juta pound sepanjang 2010 bagi melaksanakan kempen perhubungan awam pemasaran di sini (London) bagi mempromosikan makanan Malaysia.

Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia bagi United Kingdom, Raja Badrulnizam Raja Kamalzaman berkata kempen itu yang akan dilaksanakan melalui Kempen "Malaysia Kitchen", bermatlamat mempromosikan restoran Malaysia di sini.

Sebanyak 38 daripada 62 restoran Malaysia di United Kingdom beroperasi di bandar raya ini, katanya kepada pemberita Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi pertama Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin ke London mulai Ahad hingga 14 Jan ini.

Beliau berkata usaha itu juga bertujuan meningkatkan antara 20 peratus dan 30 peratus pengunjung ke restoran-restoran Malaysia, terutama di London, dan selain meningkatkan pengimportan makanan diproses dari Malaysia.

Kempen itu, yang diharap meningkatkan peminat makanan Malaysia, juga dijangka meningkatkan bilangan pelancong yang melawat ke Malaysia, katanya.

Sebagai permulaan, Muhyiddin dijangka melancarkan kempen promosi makanan Malaysia apabila Malaysia menjadi penaja utama program "Taste of London" selama empat hari di sini pada Isnin ini.

1 ulasan:

  1. RESTORAN MALAYSIA KITCHEN

    http://muafakatmembawaberkat.blogspot.co.uk/2012/10/restoran-malaysia-kitchen-di-london.html

    BalasPadam