Ada negeri yang nampak UMNO masih ‘melopong’.Dengar cerita ramai juga yang tertanya-tanya siapa gerangannya yang boleh ditonjolkan sebagai tokoh untuk lead Kedah nanti.

Maksudnya untuk PRU ke 13 nanti.Semua orang tau Datuk Shafie Afdal,Naib Presiden UMNO,orang Sabah yang jadi Pengerusi Perhubungan Negeri itu hanya sementara saja untuk stabilkan keadaan.

Apakah Datuk Mukhriz Mahathir? Datuk Johari Baharom? Datuk Aziz Sheikh Fadzir? Atau siapa?

Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah Datuk Latt Shahriman Abdullah pun nampak ada potensi.

Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahadzir Khalid dikatakan sudah kurang bersinar untuk peranan itu.

Ikut empunya cerita ini bukan bab kecil.Dalam usaha nak tawan balik negeri itu mahu tidak mahu seseorang yang ada kredibiliti mesti dibawa ketengah.

Mukhriz dikatakan nampak OK.Cuma mampukah dia kowteam dengan semua Ketua-Ketua UMNO Bahagian di negeri itu?

Johari orang lama pun OK.Soalan yang sama juga berbangkit macam Mukhriz.

Latt pun OK cuma dia dikatakan agak baru.

Kedah ni dikatakan negeri lain macam sikit.Pengerusi Badan Perhubungan dikatakan kena pandai gebang sikit yakni PR kena kuat.

Pandai saja tak cukup.Dulu Datuk Sanusi Junid yang pernah buat cadangan tanam padi atas bumbung tak boleh control negeri.

Bekas Menteri Besar Datuk Syed Razak ada kepakaran gebang tu tapi dia kena bagi laluan kat Mahadzir sebab sakit.

Masalah pencarian tokoh negeri ni juga dikatakan berlegar di Selangor.Buat sementara Datuk Seri Najib kena lead sebagai Pengerusi.

Apakah Datuk Seri Dr Khir Toyo boleh buat comeback?

Yang orang semua nampak takat ini ada cuma Datuk Noh Omar boleh kot.

Soalnya mahukah dia switch balik ke negeri dalam PRU ke 13 nanti.

Sama juga di Pulau Pinang.

Di sini juga dikatakan berat sebab belum nampak bayang siapa yang boleh ambilalih dari Datuk Seri Zahid Hamidi yang pegang sementara.

Pergi dari satu bahagian ke satu bahagian baru nampak Datuk Zainal Abidin.Tapi dia pulak kalah di Nibong Tebal.agd