Pengikut
Khamis, 7 Januari 2010
LAGI TUDUHAN JAHAT TERHADAP DSAI
Surat yabg menggunakan latter head Pertubuhan Gereja Seluruh Sabah – Gatholic Diocesan Centre – beralamat Lorong OKK Segunting 3, Jalan Penampang, P.O. Box 10225, 68802 Kota Kinabalu Sabah bertarikh 18 Ogos 2008 Ruj: SULIT3/PGSS/DSA/-01 ditandatangani oleh Pastor Silvester Khemo Andaman selaku Presiden PGSS.
Antara lain surat itu menyatakan mengenai mesyuarat Pertubuhan Gereja Seluruh Sabah (PGSS) yang diadakan pada 10 Ogos 2008 yang mengambil keputusan sebulat suara menyokong kepimpinan Anwar Ibrahim dalam Pakatan Rakyat.
Mesyuarat berkenaan juga menurut surat itu turut dihadiri oleh Pastor Datuk Dr Jeffery Ketingan.
Menurut surat itu persatuan berkenaan juga menyatakan Anwar layak sebagai perdana menteri kerana sikap terbuka dan liberal bekas timbalan perdana menteri itu. Ia juga turut menyifatkan Anwar sebagai seorang pemimpin berdidikasi kerana membenarkan perkataan Allah digunakan dalam semua agama.
Surat itu juga memaklumkan pihaknya akan menghantar wakilnya seramai 17 orang AJK pertubuhan itu yang diketuai oleh Pastor Datuk Dr Jeffery Ketingan ke Permatang Pauh untuk membantu kempen pilihan raya kecil yang disertai Anwar.
Saya cuba mendapat pengesahan dari pihak tertentu berhubung kesahihan surat berkenaan dan apakah tujuannya ia disebarkan. Apakah ianya benar dikeluarkan oleh pihak PGSS atau sebaliknya.
Persoalanya kini kenapa surat ini disebar waktu ini, semasa isu kalimah Allah sedang menyemarak? Besar kemungkinan surat itu dikeluarkan sebagai bahan kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.
Butiran penyebaran surat ini seperti mana tercatat dalam email ianya dilakukan oleh kumpulan maufakat yang menggunakan email MaufakatNet@yahoogroups.com. Apakah maufakat yang disebutkan ini kumpulan yang dianggotai oleh bekas kawan dan sahabat Anwar Ibrahim semasa dalam Abim dan Umno dulu?
p/s Mengapa tuduhan / cerita ini keluar semasa isu Kalimah Allah sedang hangat diperkatakan....
Lagi agenda jahat pihak tertentu untuk "hancurkan" anwar
cerita penuh kat ms0melayu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tak hairan dan tidak masuk akal cerita-cerita begini....dah faham sangat dah perangai busuk umno ni...sejak dulu sampai sekarang....inilah rupa spesies umno.....feel busuk , jahat......
BalasPadamAdik beradik dengan presiden mesir yang menghalang konvoi kemanusiaan ke Gaza tu....