Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad pagi ini (Isnin) menjalani pembedahan di Pantai Medical Centre, di ibukota bagi membuang tumbuhan di kepalanya. Ini adalah pembedahan kali ketiga bagi ‘brain tumer’ yang dialaminya sejak masih memegang jawatan Timbalan Menteri Besar Selangor kira-kira lapan tahun lalu.
Pembedahan berjalan kira-kira tiga jam dan beliau ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut dalam keadaan masih belum sedarkan diri.
Sepasukan pakar peruibatan PMC yang menjalankan pembedahan tersebut telah mengeluarkan tumbuhan berkenaan dan kini memberikan pemantauan yang amat rapi terhadap beliau yang sebelum ini menjalani pembedahan di hospital yang sama.
Sumber memberitahu bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelawat pertama yang mengunjungi beliau tengahari ini tetapi Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu sekadar melihat wajah Dr. Zainal yang masih belum sedarkan diri.
Kehadiran Anwar disambut oleh isteri Zainal, Datin Siti Zaharah Mohd. Zain. Difahamkan, hanya ahli keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan melawat beliau buat masa ini dan Dr. Zainal dijangka berada di PMC untuk kira-kira dua minggu lagi bagi tujuan rawatan rapi dan pemerhatian lanjut.
“Kehilangan” Dr. Zainal yang juga Ketua Bahagian PKR Hulu Langat menjadi perbualan pemerhati dan ahli politik di Selangor khususnya di Hulu Selangor.
copy n paste
Tiada ulasan:
Catat Ulasan