Pengikut

Khamis, 14 Januari 2010

TEMAN BUKAN, DATUK JSJ

Ape citer ni Datuk, apa kene mengene bom gereja dengan blog...?
Orang yang bom tu, penulis blog ke, Datuk....?
Teman bukan, Datuk...!

Kalau Datuk boleh jumpa , bagus le Datuk...!
idak le orang ramai takut lagi...

Moge Datuk dapat selesaikan kes bom ni secepat mungkin dengan mengambil maklumat dan siasat melalui blog...!

*****
Polis memantau laman-laman blog dan rangkaian sosial bagi mendapatkan maklumat yang boleh dipercayai berhubung insiden serangan dan cubaan membakar gereja baru-baru ini dan siasatan mengenai kejadian itu masih giat dilakukan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata pasukan khas, yang ditubuhkan khusus bagi menyiasat insiden berkenaan, sedang bertungkus lumus mengenal pasti dalang kejadian itu.

"Semua petunjuk diteliti meskipun ia mungkin tidak penting," katanya Datuk JSJ

Mohd Bakri mengulas satu laporan yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang memberi gambaran seolah-olah polis tidak efektif untuk menjejaki individu dan penjenayah, terutamanya membabitkan jenayah yang mencetuskan minat orang ramai.

Beliau berkata polis menyedari akan hakikat bahawa kes-kes sedemikian perlu ditangani dengan adil dan segera.
-bernama-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan