Pengikut

Selasa, 12 Januari 2010

ZAMIL LALAT DAN LAGAU





Ingat ke kome semua pada bekas/lalat Ketua AMK Kedah En Zamil Ibrahim, dia mengatakan yang YB Saifuddin merupakan sorang ahli PAS dan tak pernah keluar dari PAS...

Udah-udah le Zamil, mike tu lalat, lagau dan sempah( bukan sampah )...tak cukup makan ke lagi, menghasut bekas Adun Bukit Selambau dan Lunas koje mike....duduk le diam-diam, duit pun dah banyak...


Hanya 24 jam selepas Saifuddin Nasution Ismail diumumkan Setiausaha Agung baru Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa 1 Februari ini, kini tercetus persoalan parti mana yang dianggotainya.Ini kerana Ahli Parlimen Machang itu yang menjadi ahli Pas Kawasan Pokok Sena, Kedah pada Januari 2007 tidak pernah mengumumkan keluar parti sekutu PKR tersebut.


Keadaan itu mengundang tanda tanya di kalangan segelintir pemimpin dan ahli kedua-dua parti mengenai kedudukan Saifuddin berikutan pengumuman jawatannya sebagai Setiausaha Agung baru dalam PKR.



Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim mendakwa, sehingga kini Saifuddin tidak pernah mengumumkan keluar daripada Pas walaupun selepas dilantik sebagai Pengarah Strategi PKR pada konvensyen parti itu di Seremban pada Mei 2007.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan