Pengikut
Isnin, 5 April 2010
KITA TENGOKLAH NANTI..? APA AKAN TERJADI ..?
Umno Hulu Selangor masih berharap Datuk Seri Najib Razak mempertimbangkan dengan serius tuntutan mereka - yang mahukan kerusi Parlimen tersebut ditandingi Umno supaya sokongan rakyat terhadap BN tidak terjejas.
Naib Ketua Bahagian Datuk Adnan Buyong berkata, tuntutan yang dibuat mereka pada 30 Mac lalu bukan mewakili hasrat mereka sahaja, tetapi kehendak rakyat Hulu Selangor secara keseluruhannya.
“Sampai sekarang di kedai-kedai kopi, orang bercakap hendak calon Melayu,” katanya ketika diminta mengulas tindakan lanjut mereka bagi memastikan kerusi parlimen tersebut dikembalikan ke pangkuan Umno.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, “berkemungkinan besar” calon BN di Hulu Selangor dipilih daripada MIC. Menurut Adnan lagi, walaupun keputusan berhubung calon yang dipilih masih belum diketahui, berdasarkan kenyataan Najib, kemungkinan besar MIC akan bertanding sekali lagi di kerusi parlimen tersebut.
Dengan nada perlahan dan kecewa, Adnan sempat berseloroh, tetapi sinis: “Saya pun tidak berapa faham dengan konsep 1 Malaysia ini. Rakyat didahulukan, pencapaiannya (di Hulu Selangor) kita tengoklah nanti.”
“Kita akan terima siapa sahaja yang diputuskan parti, tetapi ahli parti hanya mewakili 20 peratus daripada pengundi. Pengundi di sini lebih 63,000.
“Mereka ini, kita tidak tahu bagaimana sokongannya. Kita sebagai orang Umno OK,” katanya lagi.....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
salam tuan...
BalasPadamtobat lahum..saya berani kerat kuku kalo umno dapat letak calon...
Samy velu jadi calon pun umno x bleh buat apa...wallahua'lam