"Saya sangat seronok... saya bercita-cita menjadi seorang polis," begitulah luahan ringkas seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang menjadi anak angkat Menteri Kewangan II Datuk Ahmad Husni Hanadzlah.
Leong Han Ni yang merupakan pelajar cemerlang SJK (C) Temoh di sini kelihatan sangat gembira walau pun masih malu dan kekok semasa ditemui pada majlis mengambil anak angkat yang berlangsung di rumah datuknya di Kampung Baru Temoh di sini semalam.
Ahmad Husni berkata Leong adalah anak angkatnya yang pertama dan beliau terpanggil untuk membantu kanak-kanak itu ketika ditemui datuknya yang memohon bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam satu program awal tahun ini.
Ahmad Husni berkata beliau mengambil Leong sebagai anak angkat bagi memastikan kanak-kanak itu dapat meneruskan pelajaran sehingga peringkat tertinggi memandangkan prestasi cemerlang yang ditunjukkan masa kini.
( husni bersama anak angkatnya )
sama padan dengan husni
"Saya akan memastikan anak saya ini berjaya ke peringkat tertinggi dan mencapai cita-citanya menjadi seorang pegawai polis. Anak cemerlang ini akan menghadapi kesukaran untuk mencapai cita-citanya sekiranya tiada sokongan dan bantuan dari awal.
"Saya akan memastikan Leong berjaya dan menyara serta menjaganya seperti anak kandung... yang lebih membanggakan adalah keterbukaan keluarganya menerima saya untuk menjaga Leong," katanya.
p/s : lepas ni zambry dah tentu akan ambil anak angkat jugak...
nasihat teman...kalau zambry nak cari anak angkat, carilah yang sesuai dan sepadan dengannya....????
husni dah memulakan langkah-langkah awal untuk diangkat sebagai MB Perak jika menang dalam PRU 13 nanti... "mainan politik" husni di perak nampaknya lebih hebat dan lebih terancang...abis la kau zambry...MB Haram..kha ! kha !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan