Pengikut

Selasa, 6 April 2010

MATHIAS CHANG MOGOK LAPAR DI PENJARA






Bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Matthias Chang Wen Chieh yang dipenjarakan atas kesalahan menghina mahkamah dimasukkan ke Hospital Serdang pagi Isnin selepas lima hari melancarkan mogok lapar.


Chang dimasukkan ke wad kecemasan kira-kira pukul 11.59 pagi sebelum dipindahkan ke wad biasa pada pukul 1.12 petang.




Bagaimanapun pihak hospital enggan mendedahkan sebab beliau dimasukkan ke hospital.
Chang dilaporkan melakukan mogok lapar selepas diperintahkan menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang pada 1 April lepas apabila enggan membayar denda RM20,000 yang perlu dilunaskan dalam masa seminggu ekoran kesalahan menghina mahkamah.



Chang juga akan terus mogok lapar sehingga pihak berkuasa yang berkaitan bersetuju mengkaji semula hukuman yang berat terhadap kesalahan menghina mahkamah itu mengikut Aturan 52 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan