Umno Bahagian Hulu Selangor telah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Najib , mendesak supaya kerusi Parlimen itu dikembalikan kepada Umno.
Memorandum tersebut telah diserahkan kepada Najib yang juga Presiden Umno dan pengerusi BN pada 30 Mac lalu.
Ia diserahkan oleh Naib Ketua Umno Bahagian , Datuk Adnan Buyong.
Datuk Adnan mengesahkan perkara itu dan berkata beliau telah menyerahkan memorandum melalui seorang Pegawai PM .
Katanya, ia merupakan memorandum bersama dari 54 Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP) di Hulu Selangor, yang antaranya Ketua Umno Cawangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan