Pengikut
Jumaat, 2 April 2010
BUBAR DUN PERAK : UBN AKAN MENANG MUDAH
Pakatan Rakyat berkemungkin besar akan tewas di Perak jika DUN Perak itu dibubarkan hari ini.
Kaji selidik bebas yang dijalankan oleh Ilham Centre menunjukkan sokongan rakyat di negeri itu kini kembali kepada Barisan Nasional.
Pada kaji selidik membabitkan 1,031 orang di DUN Kuala Sepetang bulan lalu, mereka menemuramah seramai 59.96 % pengundi Melayu, 31.6 % Cina, 8.34 % India dan 0.03 % bangsa lain bagi mengambarkan jumlah komposisi penduduk Perak.
“Lebih 55 % daripada mereka yang dibanci berkata BN akan menang jika pilihan raya diadakan sekarang,” kata pengarah urusan Ilham Centre, Mohd Azlan Zainal ketika membentangkan kajiannya di sebuah forum di Kuala Lumpur malam semalam.
Kajian itu juga mendapati sebahagian besar rakyat berpendapat Kerajaan Perak sekarang ini adalah sah - 39.2 % bersetuju berbanding 31 % menenatang manakala satu pertiga atau 26.8 % berkata mereka tidak tahu.
Pada masa yang sama 37 % bersetuju dengan keputusan mahkamah yang mengesahkan calon BN, Datuk Seri Zambry Kadir sebagai MB yang sah : 30 % tidak bersetuju manakala 28 % lagi tidak tahu.
Mohd Azlan berkata sokongan terbesar Pakatan rakyat masih terletak dengan penduduk Cina, dengan 68 % berpendapat Kerajaan Perak sekarang adalah tidak sah.
“Pakatan juga boleh mengharapkan sokongan daripada pengundi di bandar, golongan muda dan berpelajaran bagi mengundi untuk mereka pada pilihan raya akan datang,” katanya.
Bagaiamanapun MB Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga merupakan penceramah pada forum itu mempertikaikan kaji selidik itu.
Katanya, kemenangan beliau pada PRK Parlimen Bukit Gantang, April lalu membuktikan belum pernah calon Pas mendapat sokongan begitu padu daripada pengundi bukan Melayu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan