Pengikut

Jumaat, 2 April 2010

TAJOL JUGA DITAWAR JADI MB ???





Bekas Menteri Besar Perak,Tajol Rosli Ghazali merupakan seorang lagi pemimpin UMNO yang ditawarkan jawatan itu jika menyertai pembangkang selepas Pilihan Raya Umum 2008.


Perkara itu didedahkan oleh MP Bayan Baru, Zahrain .



Menurut Zahrain, beliau mengetahui mengenai perkara itu kerana selepas pakatan pembangkang berjaya menawan Perak, PKR tiada calon yang berkelayakan untuk dilantik sebagai Menteri Besar Perak.




"Saya kawan dengan Anwar lama dan dalam kes di Perak, beliau terdesak untuk mencari calon yang layak memandangkan pemimpin PKR yang ada iaitu ADUN Behrang, Jamaluddin kini Wakil Rakyat Bebas tidak dipandang oleh Anwar, kata Zahrain.



Anwar memperkecilkan Jamaluddin kerana beliau hanyalah seorang bekas posmen.



"Jadi, saya dengar dia mencari Tajol Rosli sebagai salah seorang ahli BN yang layak untuk ditawarkan jawatan MB ," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen tadi .



Tiada ulasan:

Catat Ulasan