Pengikut

Rabu, 7 April 2010

TETIBA JE DAPAT 2.3 BILLION






TPM , Muhyiddin Yassin berkata Malaysia dijangka menerima pelaburan RM2.3 bilion dalam tempoh dua hingga empat tahun yang akan datang dari pelabur Perancis, terutamanya dalam bidang aeroangkasa.

Katanya, minat pelabur Perancis untuk melabur di Malaysia jelas kelihatan ketika beliau mengadakan pertemuan dengan peneraju industri Perancis, yang dihadiri oleh 20 wakil 16 syarikat di sini.


"Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) akan menguruskan syarikat-syarikat Perancis ini untuk datang ke Malaysia dan memperkenalkan bakal usahawan kita yang berminat untuk bekerja sama dengan mereka," katanya kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatan rasminya ke sini, hari ini.

Beliau berkata, minat pelabur Perancis terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan memang satu perkembangan yang menggalakkan kerana mereka mengikuti perkembangan yang berlaku, seperti model ekonomi baru, menerusi Majlis Perniagaan Malaysia-France.

Sehingga kini, hanya 18 daripada lebih 2,600 syarikat serantau yang beroperasi di Malaysia datang dari Perancis.




p/s: tetiba je dapat.....nak pujuk hati pengundi Hulu Selangor ke....?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan